Wednesday, 16 July 2014

Di Buai Asmara



Pada awal 60han Pak Usu Bidin adalah pemain gitar utama Kugiran Sinaran Belia Slim River dan Kugiran ini terkenal di kawasan Slim River,Tanjung Malim. Kini berusia sekitar 70han dan sesiapa yang remaja zaman itu pasti ingat Pak Usu Bidin Nama sabenarnya Zainal Abidin dengan gitar letrik warna putih nya. Penyanyi disamping pemain Drum yang selalu mengiringi kugiran ini ialah  Arwah Salim Misran dan Penyanyi lainnya ialah Kakak Asmah Daud, Arwah Daud Selamat bekas pelakun abang kepada Yazid Sejati. Pengurus Kugiran ini ialah Cikgu Ghazali Wahab yang sekarang bergelar Ton Tan Dewa Sakti . Pengacara ialah Arwah Abang Paei yang dahulu ketika hayatnya berniaga Sayur di Market Slim River . Sekarang ini Pak Usu Bidin tidak lagi bermain gitar tetapi atas permintaan rakan dan peminat beliau dan isteri nya Mak Usu Hendon sering juga di jemput untuk menyanyi di majlis majlis sekitar Slim River . Semasa di Indonesia saya ada membeli CD lagu Melayu Indonesia untuk buah tangan kepada kedua Ibu Bapa Angkat saya ini. Lagu lagu ini sangat sesuai dengan suara Pak Usu dan Mak Usu antaran lagu itu Dibuai Asmara dan Lagu Pulau Impian sangat saya minati, lalu saya olah menjadi video clip mari sama sama kita nikmati kemerduan suara Pak Usu dan Mak Usu ini.

No comments:

Post a Comment